Honda Malaysia lancar Accord 2016 versi ubah wajah terbaharu

0
175

the-new-2016-honda-accord-001

Pada 7 September 2016, Honda Malaysia secara rasminya melancarkan Accord generasi ke-9 versi ubah wajah (facelift model) terbaharu untuk pasaran tempatan. Tiga varian ditawarkan untuk model sedan eksekutif berkenaan iaitu 2.0VTi, 2.0VTi-L dan 2.4VTi-L. Bagi varian teratas 2.4VTi-L, ianya dilengkapi penjana kuasa canggih “Earth Dreams Technology” yang memberikan lebih kuasa pecutan dan tahap penggunaan bahan api yang lebih cekap.

Honda Accord 2016 merupakan model pertama Honda yang ditawarkan dalam pilihan warna terbaharu ‘Obsidian Blue Pearl’, di samping pilihan warna-warna yang lain seperti ‘White Orchid Pearl’, ‘Lunar Silver Metallic’, ‘Modern Steel Metallic’ dan ‘Crystal Black Pearl’. Untuk kemudahan pelanggan dan lebih nilai untuk wang, Accord 2016 didatangkan dengan jaminan selama 5 tahun bersama-sama jarak perbatuan tanpa had dan selang servis 10,000km.

Berikut ialah senarai harga untuk Honda Accord 2016 versi ‘facelift’ terbaharu di pasaran Semenanjung Malaysia (harga OTR termasuk kos insuran dan GST):

  • 2016 Honda Accord 2.0 VTi: RM144,800.00
  • 2016 Honda Accord 2.0 VTi-L: RM153,800.00
  • 2016 Honda Accord 2.4 VTi-L: RM172,800.00