KYMCO Racing S 125 diperkenalkan untuk pasaran Jepun

0
145

2016 Kymco Racing S 125 (001)

KYMCO Japan Co., Ltd. baru-baru ini telah memperkenalkan skuter terbaharu KYMCO Racing S 125 untuk pasaran Jepun. Model tersebut memiliki enjin 4-lejang sejukan udara bersesaran 125cc, yang kemudiannya dipadankan sistem transmisi automatik CVT. KYMCO Racing S 125 turut dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api, brek cakera di bahagian roda depan dan belakang, serta tangki petrol dengan isian maksimum 5.5 liter.

Tersedia dalam pilihan empat warna yang menarik iaitu merah, kelabu, putih dan hitam, jualan model tersebut di pasaran Jepun akan bermula pada pertengahan Oktober 2016 akan datang. Sesuai dengan namanya, KYMCO Racing S 125 ini tampil dengan perwatakan bagaikan jentera perlumbaan, namun tidak dapat dipastikan setakat manakah kemampuannya. Mungkin video di atas dapat membuktikan prestasinya yang sebenar.