Adakah Modenas akan mengedarkan model KYMCO di Malaysia?

0
139

Modenas Kymco (001)

Desas-desus di alam maya mengatakan hak pengedaran model skuter keluaran KYMCO bakal diambil alih oleh Modenas tidak lama lagi. Malah Modenas akan mengeluarkan semula beberapa model KYMCO terpilih dengan menggunakan lambang Modenas, sama seperti apa yang Modenas lakukan terhadap model-model skuter keluaran SYM sebelum ini.

Sememangnya, KYMCO merupakan sebuah jenama pengeluar skuter yang terkenal di peringkat antarabangsa, sehinggakan Kawasaki sendiri mengambil beberapa buah model KYMCO untuk dijual menggunakan jenama mereka. Kebanyakan model-model skuter keluaran KYMCO mempunyai reka bentuk yang cukup menarik dan sporty, kelihatan moden dengan pelbagai teknologi-teknologi terkini yang mendapat pengiktirafan.

Malangnya untuk pasaran Malaysia, kehadiran KYMCO sebelum ini tidak terlalu dirasai. Tanpa menyalahkan mana-mana pihak, keputusan Modenas jika betul untuk mengambil alih hak pengedaran KYMCO di pasaran tempatan amat dialu-alukan. Modenas mempunyai keupayaan bukan saja dari segi jenama dan rangkaian pengedaran yang luas, malah fasiliti pengeluarannya di Gurun, Kedah amat berpotensi untuk digunakan secara maksimum.

Setakat ini, antara bukti-bukti yang menunjukkan Modenas bakal mengeluarkan model-model skuter terbaharu berasaskan model-model keluaran KYMCO, ialah daripada beberapa keping gambar yang ketika ini berlegar-legar di dalam laman sosial Facebook. Mungkin itulah model-model skuter keluaran KYMCO yang bakal memakai lencana Modenas tidak lama lagi.

Sumber gambar dari: KYMCO Maxi Scooter Fans Malaysia FB