
Seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, MV Agusta dan Zagato telah bekerjasama dalam menghasilkan sebuah model terbaharu yang mempunyai rekaan cukup luar biasa. Akhirnya hari ini kita semua sudah boleh melihat dengan jelas model yang diberi nama MV Agusta F4Z itu, melalui galeri gambar-gambar rasmi yang didedahkan seperti di bawah.
Berdasarkan siaran akhbar yang diterbitkan oleh Zagato, MV Agusta F4Z merupakan sebuah model ‘one-off’ yang berasal daripada model standard MV Agusta F4, yang kemudiannya dibina kembali oleh Zagato. Menurut Zagato, model ini bakal menjadi milik seorang usahawan dari Jepun yang merupakan peminat Zagato dan motosikal buatan Itali.