Naza N5R dilancarkan untuk pasaran Malaysia

0
517

2016 Naza N5R (002)

Setelah agak lama menanti, akhirnya model terbaharu Naza N5R secara rasminya dilancarkan hari ini untuk pasaran Malaysia. Untuk anda yang mungkin belum tahu, Naza N5R merupakan versi ‘full fairing’ untuk model Naza N5 yang sebelum itu tampil dalam reka bentuk ‘naked’. Naza N5R hadir dalam dua varian yang berbeza iaitu Standard dan Special Edition (SE), masing-masing pada harga jualan asas RM13,888 dan RM15,888.

2016 Naza N5R (011)

Melihat kepada spesifikasi enjinnya, Naza N5R dikuasakan enjin bersesaran 249cc dengan kuasa maksimum 28PS @ 9,500rpm dan tork puncak 24.17Nm @ 7,000rpm, bersama-sama gandingan sistem transmisi 6-kelajuan. Dengan pelancaran model tersebut, pengedarnya Naza Bikes yakin model tersebut akan merancakkan lagi persaingan dalam pasaran dua roda. Naza Bikes meletakkan sasaran jualan sebanyak 300 unit sehingga hujung tahun ini.

Sumber gambar dari: Sinar Turbo FB