Warna dan grafik baharu untuk Yamaha V-Ixion Advance 2016

0
25

The New Yamaha V-Ixion Advance 2016

Yamaha Motor Indonesia baru-baru ini telah memperkenalkan warna dan grafik baharu untuk Yamaha V-Ixion Advance 2016, menjadikan penampilan terbaharu untuk model tersebut kini kelihatan lebih segar dan menawan. Keempat-empat warna baharu tersebut adalah seperti ‘Luminous White’, ‘Zeal Red’, ‘Striking Black’ dan ‘Hustle Gold’.

Untuk pasaran Indonesia, Yamaha V-Ixion Advance terbaharu mula dilancarkan pada tahun 2015, dengan beberapa perubahan yang lebih menarik dan sporty berbanding V-Ixion versi terdahulu. Ianya telah menjadi salah sebuah model keluaran Yamaha yang sangat popular di pasaran Indonesia, dengan saingan utamanya ialah model Honda CB150R Streetfire.

Yamaha V-Ixion Advance dikuasakan enjin 4-lejang bersesaran 150cc dengan sistem penyejuk cecair, yang kemudiannya digandingkan dengan transmisi 5-kelajuan. Kuasa yang dihasilkan ialah 16.59PS @ 8,000rpm dengan tork maksimum 14.5Nm @ 7,500rpm. Harga jualannya masih kekal sebanyak Rp 25,350,000 (on the road Jakarta).