Benelli MV Tornado 125 bakal muncul di pasaran ASEAN

0
62

Benelli MV Tornado 125 (002)

Menurut maklumat sebelum ini, Benelli MV Tornado 125 bakal diperkenalkan untuk pasaran ASEAN, namun tarikh rasmi kemunculannya setakat ini masih belum diketahui. Benelli MV Tornado 125 merupakan sebuah moped yang mempunyai reka bentuk yang cukup menarik, dengan kelengkapan enjin dalam kapasiti 125cc dengan kuasa yang memuaskan.

Melihat kepada beberapa keping gambar yang disiarkan di sini, MV Tornado 125 boleh dikatakan mampu menjadi pencabar kepada dua model popular di pasaran semasa ketika ini – Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R. Namun kedua-dua model berkenaan mempunyai kapasiti enjin 150cc yang lebih besar berbanding enjin 125cc milik MV Tornado 125.

Adalah sangat menarik jika Benelli MV Tornado 125 ini benar-benar dikeluarkan sebagai model produksi, seterusnya dibawa masuk ke pasaran negara kita. Cuba teliti gambar-gambar model tersebut dengan mendalam, anda pasti kagum dengan ciri-ciri yang ditawarkan. Harganya juga mungkin lebih rendah berbanding Y15ZR dan RS150R.

Sumber gambar dari: Webike.vn