Mitsubishi memperkenalkan model konsep XM terbaharu

0
83

Mitsubishi XM Concept (001)

Bertempat di GAIKINDO Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2016 yang berlangsung dari 11 sehingga 21 Ogos 2016, Mitsubishi telah mempersembahkan sebuah model konsep terbaharu yang diberi nama Mitsubishi XM. Ianya merupakan sebuah model konsep yang terhasil daripada gabungan sebuah crossover dan MPV dengan reka bentuk kompak.

Menurut maklumat awal yang diperolehi, model konsep Mitsubishi XM akan dikeluarkan sebagai model produksi mulai Oktober 2017 dan pemasangannya akan dilakukan di kilang Mitsubishi di Jawa Barat, Indonesia. Dengan tujuh tempat duduk di dalamnya bersama-sama gaya moden sebuah SUV, model ini dijangka akan mendapat perhatian di pasaran nanti.