Galeri: Yamaha FZ150 model keluaran tahun 1990

0
755

1990 Yamaha FZ150 (001)

Sebelum ini ramai yang tertanya-tanya mengenai reka bentuk sebenar enjin V-Twin 150cc yang melengkapi model Yamaha FZR150 1992. Untuk melihatnya, di sini penulis siarkan galeri gambar-gambar menarik model ‘naked’ Yamaha FZ150 model keluaran tahun 1990, juga dilengkapi enjin V-Twin yang sama seperti mana dimiliki oleh model FZR150.

Bagaimanapun, Yamaha FZR150 1992 versi ‘full fairing’ ternyata didatangkan dengan pelbagai ciri-ciri lebih maju antaranya seperti brek cakera berkembar di bahagian roda depan dan brek cakera di bahagian roda belakang. Kini dengan pelbagai peraturan emisi terbaharu dan harga petrol yang tinggi, enjin V-Twin 150cc Yamaha telah pun menjadi sejarah.