Galeri: Yamaha FZR150 model keluaran tahun 1992, dilengkapi enjin 150cc 4-lejang V-Twin 2-silinder

0
440

1992 Yamaha FZR150 (001)

Salah sebuah motosikal unik keluaran Yamaha pada tahun-tahun 1990-an dahulu ialah Yamaha FZR150. Menurut sumber dari Wikipedia versi Taiwan, Yamaha FZR150 generasi pertama mempunyai lampu depan jenis bulat berkembar, manakala generasi keduanya dilengkapi lampu tunggal lebih sporty, sama seperti model yang ditunjukkan di sini. Pengeluaran FZR150 dikatakan bermula pada tahun 1989 dan berakhir pada tahun 1998. 

Yamaha FZR150 dilengkapi enjin 4-lejang 150cc, dan apa yang menjadikannya lebih menarik ialah enjinnya terdiri daripada unit V-Twin dua silinder dengan kotak gear 6-kelajuan. Kuasa enjin yang terhasil mencapai angka 17.4PS @ 11,000rpm dengan tork maksimum 12Nm @ 8,500rpm. Yamaha FZR150 turut didatangkan dengan ‘Oil Cooling System’, ‘Deltabox’ dan brek cakera depan berkembar. Untuk anda, saksikan galeri model legenda ini di bawah.