Siri Honda 500 (2016) diperkenalkan untuk pasaran Malaysia

0
178

2016 Honda CBR500R (001)

Boon Siew Honda Dengan Bangganya Memperkenalkan Siri Honda 500 Serba Baharu 

  • CBR500R, CB500F & CB500X serba baharu akan tersedia di semua bilik pameran Honda Impian Shop mulai Ogos 2016
  • LED baharu untuk siri Honda 500 di bahagian lampu hadapan dan lampu belakang
  • Penyerap hentak depan boleh laras dan brek hadapan boleh laras dengan 5 titik pelarasan melengkapi siri Honda 500 serba baharu
  • Kapasiti tangki petrol dipertingkatkan kepada 16.7 liter untuk CBR500R dan CB500F, manakala kapasiti 17.5 liter untuk CB500X

Pulau Pinang, 12 Ogos 2016 – Boon Siew Honda secara rasminya mengalu-alukan kedatangan siri Honda 500 yang terkini dengan memperkenalkan ciri-ciri serba baharu dalam model CBR500R, CB500F dan CB500X, yang mana ianya merupakan model yang dinanti-nantikan oleh peminat dan pengguna di Malaysia pada tahun 2016 ini.

2016 Honda CB500F (001)

Enjin Honda 500 ini didatangkan dalam kapasiti 471cc DOHC dengan sistem penyejuk cecair dwi selari yang menawarkan pengalaman terbaik kepada setiap penunggang. Gerek dan lejang model baharu ini direka pada saiz 67mm x 66.8mm dan telah dipertingkatkan lagi bagi menyalurkan kuasa yang luar biasa iaitu 37kW pada 8,500 rpm dan tork maksimum mencapai 44Nm pada 7,000 rpm. Kapasiti tangki petrol juga telah dipertingkatkan untuk CBR500R & CB500F daripada 15.7 liter ke 16.7 liter dan 17.5 liter untuk CB500X.

Untuk model tahun 2016 ini, siri Honda 500 telah dilengkapi dengan pengunaan lampu jenis LED pada kedua-dua lampu hadapan dan lampu belakang termasuk reka bentuk barunya yang lebih bergaya. Ciri-ciri keselamatan bagi model ini juga telah dipertingkatkan dengan dilengkapi sistem kunci “wave key”. Siri model Honda 500 terbaru kelihatan lebih agresif berbanding dengan model sebelum ini. Selain itu, ciri-ciri baru termasuk penyerap hentak depan boleh laras dan brek hadapan boleh laras dengan 5 titik penyelarasan. Peredam ekzos baru pula direka dengan bentuk lebih sporty untuk model CBR500R dan CB500F.

2016 Honda CB500X (001)

Siri Honda 500 ini adalah contoh kepada produk Honda yang direka dengan inovasi yang menawarkan prestasi yang kuat dan ketahanan yang boleh dipercayai. Mesin ‘mid range’ dilengkapi khas dengan ciri-ciri unik pada harga yang berpatutan. Kini, pengguna mempunyai pilihan untuk memilih di antara keseronokan memecut dan juga keupayaan untuk kegunaan harian bagi siri Honda 500 ini. Model-model ‘Supersport’, ‘Naked Style’ dan ‘Adventure’ tersedia untuk pasaran dengan nilai yang sangat berbaloi dan menyeronokkan.

Siri Honda 500 yang terkini untuk tahun 2016 menawarkan warna-warna seperti berikut:

  • CBR500R – Merah, Hitam dan Trico
  • CB500F – Putih
  • CB500X – Merah, Hitam dan Putih

Harga di bilik pameran (termasuk GST):

  • CBR500R: Standard (RM31,681.28), ABS (N/A)
  • CB500F: Standard (RM31,363.28), ABS (N/A)
  • CB500X / CB500XA: Standard (RM31,893.28) / ABS (RM35,391.28)

Sumber artikel: Boon Siew Honda Sdn. Bhd.

Galeri Honda CBR500R 2016

Galeri Honda CB500F 2016

Galeri Honda CB500X 2016