MV Agusta dan Zagato bekerjasama menghasilkan model konsep terbaharu, bakal diperkenalkan pada 4 September 2016

0
84

MV Agusta Zagato Concept

Tidak dapat dibayangkan apakah hasilnya apabila MV Agusta dan Zagato bekerjasama dalam menghasilkan sebuah motosikal konsep terbaharu. Berdasarkan imej ‘teaser’ di atas, model konsep tersebut akan dipamerkan kepada umum pada tarikh 4 September 2016.

MV Agusta seperti mana kita semua sedia maklum ialah pengeluar motosikal eksotik dari Itali, begitu juga Zagato yang merupakan sebuah syarikat pereka automotif dunia yang tersohor. Pasti hebat dan sangat menarik untuk kita tunggu kemunculan model tersebut.