Gambar-gambar Proton Saga 2016 bocor di laman sosial

0
463

The New 2016 Proton Saga (001)

Seperti mana kita semua sedia maklum, Proton bakal memperkenalkan Saga versi ‘facelift’ terbaharu dalam tempoh beberapa bulan lagi, dengan pelancaran rasminya dijangka pada bulan September 2016 akan datang. Walaupun belum dilancarkan, setakat ini kita semua sudah boleh melihat gambaran reka bentuk terkini Saga 2016, terima kasih kepada beberapa keping gambar model tersebut yang bocor di dalam laman sosial Facebook.

Berdasarkan beberapa keping gambar yang bocor itu, boleh dikatakan Proton Saga 2016 telah menerima rekaan dan gaya ‘facelift’ versi terbaharu yang lebih menarik berbanding model semasa yang dijual ketika ini. Apabila dilancarkan nanti, Proton Saga 2016 akan bersaing dengan model terbaharu Perodua Bezza yang ketika ini mendapat sambutan hangat dari pembeli. Apa pilihan anda? Proton Saga 2016 atau Perodua Bezza?

Sumber: Funtasticko FB