Gambar-gambar pandangan dekat Honda CBR250RR 2017

0
282

The New 2017 Honda CBR250RR (002)

Honda CBR250RR 2017 serba baharu telah pun dilancarkan di pasaran Indonesia, dan kemudiannya diperkenalkan di negara asalnya Jepun. Memandangkan model tersebut masih belum dilancarkan di pasaran Malaysia, jadi ada baiknya kita meneliti gambar-gambar model tersebut demi mendapatkan informasi sebanyak mungkin mengenainya.

Antara gambar-gambar menarik Honda CBR250RR 2017 yang boleh kita lihat ketika ini ialah gambar-gambar pandangan dekat yang dirakamkan oleh laman sesawang Autoby.jp daripada Jepun, yang mana ianya boleh dikatakan agak lengkap dari segenap sudut pandangan model berkenaan. Gambar-gambar yang dirakamkan juga adalah jelas.

Honda CBR250RR 2017 serba baharu dijangka akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia, namun tarikh sebenar pelancarannya masih belum diumumkan. Diharapkan tidak lama lagi pihak Boon Siew Honda Sdn. Bhd. akan memberikan sedikit sebanyak petunjuk atau pun bayangan ‘teaser’ mengenai kehadiran model tersebut ke pasaran tempatan.