Galeri: Honda RS150R (2016)

0
312

2016 Honda RS150R (001)

Honda RS150R secara rasminya dilancarkan pada pertengahan Jun 2016 yang lepas, tampil dengan beberapa ciri menarik seperti enjin 150cc DOHC dengan kotak gear 6-kelajuan, di samping reka bentuknya yang menarik dan sporty. Berdasarkan maklumat yang diterima baru-baru ini, pelanggan yang menempah model berkenaan sebelum ini akan menerima motosikal masing-masing dalam pertengahan bulan Ogos 2016 ini. 

Honda RS150R akan bersaing dengan model popular Yamaha Y15ZR, namun kedua-dua motosikal berkenaan boleh dikatakan mempunyai peminat tegar yang tersendiri. Untuk melihat sama ada Honda RS150R ini akan mampu mencatatkan jualan setanding dengan jualan Yamaha Y15ZR, kita hanya perlu menunggu dan melihat perkembangan seterusnya. Untuk anda, saksikan galeri gambar-gambar menarik Honda RS150R di bawah.