Yamaha RX-Z model keluaran tahun 1994

0
2809

1994 Yamaha RX-Z (001)

Adalah sukar untuk mencari gambar-gambar Yamaha RX-Z versi studio ketika ini, memandangkan model tersebut telah pun dihentikan pengeluarannya di pasaran Malaysia (1985 – 2011). Bagaimanapun di sini terdapat empat keping gambar Yamaha RX-Z model keluaran tahun 1994, yang diperolehi daripada sumber Yamaha Motor Co., Ltd.

Sebelum ini penulis pernah menyiarkan artikel mengenai kemungkinan Yamaha RX-Z akan diperkenalkan kembali di pasaran tempatan, memandangkan masih terdapat permintaan yang tinggi untuk model dua lejang itu daripada peminat tegarnya sehingga kini. Anda boleh membaca artikel tersebut di sini: Adakah Yamaha RX-Z akan kembali ke pasaran?

Melihat kepada pasaran semasa ketika ini, tidak mungkin Yamaha RX-Z akan dipasarkan kembali oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. Model tersebut yang ketika ini masih banyak berada di jalanan, akan terus menjadi ikon kepada golongan remaja dan anak muda sejak mula diperkenalkan, dan mungkin akan berterusan dalam tempoh yang lama.