Galeri: Demak Dart DXT 250 (2016)

0
186

2016 Demak Dart DXT 250 (001)

Pengeluar motosikal berjenama tempatan Demak mempunyai pelbagai pilihan motosikal yang menarik di pasaran ketika ini. Salah sebuah daripadanya ialah model ‘naked’ terbaharu yang dikenali dengan nama Demak Dart DXT 250 (model keluaran tahun 2016). Tidak dapat dipastikan sama ada model ini telah dilancarkan secara rasmi memandangkan paparan mengenai model ini masih belum ditunjukkan di dalam laman rasmi Demak Motor.

Demak Dart DXT 250 dilengkapi enjin bersesaran 250cc (4-Stroke, SOHC, Air & Oil Cooled Vertical Engine) yang menghasilkan kuasa setinggi 12kW @ 7,500rpm dengan tork maksimum 17Nm @ 6,000rpm. Sistem transmisinya ialah 6-kelajuan (1 Down 5 Up), serta turut dilengkapi sistem penghidup jenis eletrik. Ciri-ciri menarik lain yang melengkapi model tersebut adalah seperti penyerap hentak depan USD (Upside down Oil Damped Telescopic Fork) dan penyerap hentak belakang jenis ‘Swing Arm Type Monoshock’ yang sporty.

Demak Dart DXT 250 memiliki tangki bahan api petrol dengan isian maksimum 10 liter, manakala berat keringnya ialah 133 kg. Menurut maklumat awal yang diperolehi, model yang memiliki rekaan mirip motosikal KTM 200 Duke ini akan dijual pada harga sekitar RM9k atau RM10k. Bagaimanapun untuk maklumat mengenai harga yang lebih tepat, eloklah kita menunggu pelancaran rasmi model ini yang mungkin akan berlangsung tidak lama lagi.