Galeri: Demak DVS 110 (2016)

0
3786

2016 Demak DVS 110 (002)

Demak DVS 110 model tahun 2016 diperkenalkan sekitar awal tahun ini, hadir dengan enjin dalam kapasiti 110cc (4-Stroke, Single Cylinder, Air Cooled) yang dipadankan dengan kotak gear jenis 4-kelajuan. Apa yang menarik perhatian ramai mengenai Demak DVS 110 ini ialah penampilan dan reka bentuknya yang mirip model popular Yamaha Lagenda 115Z. 

Setakat ini hasil pemerhatian rambang mendapati kebanyakan kedai yang menjual motosikal telah menawarkan Demak DVS 110 ini dan mempamerkannya dalam jumlah yang banyak. Ini mungkin kerana permintaan yang tinggi daripada pembeli, memandangkan model kapchai ini ditawarkan pada harga sekitar RM4k sahaja, lebih murah berbanding Yamaha Lagenda.

Di bawah berikut ialah spesifikasi Demak DVS 110 (2016), termasuk galeri gambar-gambar menariknya. Sila klik setiap gambar untuk melihat dalam saiz lebih besar dan jelas.

  Engine

Engine Type4-Stroke, Single Cylinder, Air Cooled
Engine Displacement (cc)110
Compression Ratio9.4:1
Maximum Power (kw/rpm)5.8/7500
Maximum Torque (Nm/rpm)7.8/5500
Starter SystemElectric / Kick
Transmission4 Speed

  Tyre & Chassis

Suspension / FrontTelescopic
Suspension / RearTwin Shock
Brakes / FrontDisc
Brakes / RearDrum
Tires / Front70/90-17
Tires / Rear80/90-17
WheelsAlloy Wheels

  Dimension & Weight

L x W x H (mm) 1950 x 660 x 1100
Wheel Base (mm)1255
Ground Clearance (mm)150
Kerb Weight (kg)93
Fuel Tank Capacity (L)4.5
Engine Oil Capacity (L)0.85