Tiga model terbaharu Benelli bakal dilancarkan tahun ini

0
144

Benelli T302R

Menurut laporan akhbar Sinar Harian baru-baru ini, BENELLI  Keeway Motorcycles Sdn Bhd (BKM) bakal melancarkan tiga model terbaharu Benelli untuk pasaran tempatan sebelum penghujung tahun ini. Ketiga-tiga model terbaharu yang akan dilancarkan itu besar kemungkinan ialah Benelli TNT 135, Benelli Tornado 302R dan Benelli TRK 502.

Menurut BKM, para peminat Benelli di Malaysia boleh melihat kemunculan rasmi ketiga-tiga model berkenaan ketika berlangsungnya acara MotoGP pada bulan Oktober 2016 akan datang. Berkenaan harga, difahamkan harga yang akan ditawarkan untuk ketiga-tiga model terbaharu itu adalah mampu milik sejajar dengan harga model-model pesaing lain.

Tambah BKM lagi, model minibike (TNT135) yang bakal dilancarkan itu berharga sekitar RM8,000, manakala harga model sportbike (Tornado 302R) tidak akan melebihi RM21,000. Bagi model touring yang dijangka akan turut dilancarkan (TRK 502), harga untuk model berkenaan setakat ini belum dipastikan, namun ianya dikatakan mampu bersaing.