Honda CBR250RR 2017 dipamerkan di Litar Suzuka, Jepun

0
348

Honda CBR250RR 2017 (001)

Sempena dengan acara perlumbaan “The 39th “Coca-Cola Zero” Suzuki 8Hours FIM Endurance World Championship” (2016 FIM Endurance World Championship Series Round 3) yang berlangsung di Litar Suzuka, Jepun (28 – 31 Julai 2017), Honda telah mempamerkan jentera terkininya Honda CBR250RR 2017 untuk para peminat dan pihak media di sana. 

Di dalam galeri di bawah, anda boleh saksikan beberapa keping gambar-gambar menarik model tersebut yang disiarkan di dalam laman sesawang Autoby.jp, memperlihatkan setiap sudut sisi termasuklah pandangan dari bahagian depan dan belakang. Boleh dikatakan rakyat Jepun sendiri begitu teruja apabila berpeluang melihat Honda CBR250RR 2017 ini.

Sumber: Autoby.jp