Galeri gambar-gambar menarik Honda CBR250RR 2017

0
149

2017 Honda CBR250RR (001)

Seperti mana kita semua sedia maklum, model supersport dalam kelas 250cc Honda CBR250RR 2017 serba baharu telah pun diperkenalkan secara rasmi buat pertama kali di Indonesia, pada tarikh 25 Julai 2016 baru-baru ini. Ini secara tidak langsung menjadikan negara jiran itu sebagai pasaran pertama yang akan menerima jualan model berkenaan.

Honda CBR250RR 2017 bukanlah sebuah model biasa, malah spesifikasinya jauh mengatasi pesaingnya di pasaran semasa ketika ini, terutamanya apabila ianya dibandingkan dengan dua seteru utamanya iaitu Yamaha YZF-R25 dan Kawasaki Ninja 250. Model tersebut dibangunkan dengan memberi tumpuan kepada prestasi enjin dan pengendalian tangkas.

Dari segi nilai estetika rekaannya, tidak dapat dinafikan bahawa generasi terbaharu CBR250 ini mempunyai penampilan keseluruhan yang sangat mengagumkan. Rekaannya begitu sporty dan menawan apabila dipandang dari segenap sisi, serta memiliki perwatakan dan gaya yang cukup garang bagaikan bersedia untuk memberikan cabaran sebenar di litar.

Melihat kepada pakej keseluruhan yang ditawarkan, Honda CBR250RR 2017 serba baharu ini dijangka bakal menjadi pilihan ramai selepas ini terutamanya di rantau ASEAN. Yamaha dan Kawasaki bagaimanapun dijangka tidak akan berdiam diri melihat kemunculan jentera terbaharu dari Honda ini, dan kedua-duanya pasti sedang mengatur langkah seterusnya.

Oleh itu, perkembangan terkini yang dibawakan oleh Honda ini diharapkan bakal memberikan saingan sihat, seterusnya memberikan motivasi kepada syarikat-syarikat pengeluar lain untuk terus berinovasi dalam memperkenalkan produk-produk terbaharu mereka pada masa depan, terutamanya dalam memberikan fokus kepada prestasi.

Sumber gambar dari laman FB termasuk dari laman FB dan Twitter PT Astra Honda Motor.