Galeri: Yamaha Y15ZR 2016 (Purple Grey)

0
6822

2016 Yamaha Y15ZR Purple Grey (005)

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) baru-baru ini telah memperkenalkan skim warna terbaharu ‘Purple Grey’ untuk model popular bersesaran 150cc edarannya Yamaha Y15ZR. Dengan kemunculan model dengan warna ‘Ungu Kelabu’ itu, secara tidak langsung warna ‘Black’ (Hitam) yang ditawarkan sebelum ini telah pun dihentikan pengeluarannya.

Ketika ini para pelanggan Yamaha boleh memilih Yamaha Y15ZR dalam tiga pilihan warna iaitu ‘Purple Grey’, ‘Blue’ dan ‘Red’ (Ungu Kelabu, Biru dan Merah). Bagaimanapun agak menghairankan kerana HLYM menggelarkan warna ‘Ungu Kelabu’ sebagai warna ‘Kelabu’ sahaja, seperti mana boleh dilihat di dalam ‘brochure’ rasmi (akan disiarkan kemudian).

Yamaha Y15ZR juga ditawarkan dalam pilihan warna edisi istimewa Movistar MotoGP Edition (2015), dan dikhabarkan versi terbaru MotoGP akan menjengah pasaran tempatan sekitar bulan September atau Oktober 2016 akan datang. Untuk anda, saksikan gambar-gambar menarik Yamaha Y15ZR 2016 dalam warna terbaharu ‘Purple Grey’ dalam galeri di bawah.