Galeri: Perodua Bezza dalam warna merah menawan

0
827

2016 Perodua Bezza (005)

Perodua secara rasminya telah melancarkan model sedan pertama keluarannya Perodua Bezza pada tarikh 21hb. Julai 2016 (Khamis) yang lalu. Hasil tinjauan di bilik-bilik pameran Perodua pada keesokan harinya (22hb. Julai 2016, Jumaat), ramai pengunjung dan bakal pembeli telah menyerbu bilik pameran Perodua untuk melihat Bezza dengan lebih dekat.

Bagaimanapun untuk anda yang mungkin belum berkesempatan untuk melihat Perodua Bezza di bilik pamerannya, di sini penulis siarkan galeri gambar-gambar menarik Perodua Bezza berwarna merah seperti mana yang dipaparkan di bawah. Boleh dikatakan reka bentuk Perodua Bezza ini sederhana sahaja, namun mempunyai daya tarikan tersendiri.