Brosur Yamaha Y15ZR 2016 versi Ungu Kelabu

0
926

2016 Yamaha Y15ZR Purple Grey

Sempena dengan pengenalan Yamaha Y15ZR model tahun 2016 versi berwarna Ungu Kelabu (Purple Grey), penulis telah mendapatkan brosur rasmi model berkenaan kelmarin. Melalui brosur tersebut, memang sah Yamaha Y15ZR Ungu Kelabu ini menggantikan model berwarna Hitam, yang mana kini hanya tiga warna ditawarkan termasuk Biru dan Merah. 

Tidak dapat dipastikan apakah alasan sebenar Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) untuk tidak lagi menawarkan model berwarna Hitam, sedangkan adalah lebih baik jika model berwarna Ungu Kelabu dijadikan sebagai model tambahan. Ini bermakna Yamaha Y15ZR berwarna Hitam akan menjadi model eksklusif bagi setiap pemiliknya selepas ini.

Berbalik kepada paparan imej-imej brosur tersebut, pelbagai maklumat yang boleh dikatakan agak lengkap boleh diperolehi mengenai ciri-ciri dan spesifikasi yang ditawarkan oleh Yamaha Y15ZR. Di samping itu, anda juga boleh saksikan gambar-gambar menarik model berkenaan, sebagai tambahan kepada galeri gambar yang disiarkan sebelum ini.