Tambahan warna terbaru ‘Hitam’ untuk Benelli TNT25

0
327

Benelli TNT25 Black

Salah sebuah model ‘naked’ dalam kelas 250cc yang ditawarkan di pasaran tempatan ketika ini ialah Benelli TNT25. Model berkenaan dilancarkan pada bulan Januari 2016 yang lalu, pada harga jualan penuh termasuk GST sekitar RM13.7k. Sewaktu dilancarkan, Benelli TNT25 boleh didapati dalam dua pilihan warna yang menarik iaitu ‘Merah’ dan ‘Hijau’.

Kini bagi merancakkan lagi pilihan kepada warna-warna sedia ada, Benelli TNT25 telah diperkenalkan dalam warna terbaru ‘Hitam’ yang kelihatannya tampil lebih maskulin dan sporty. Untuk anda, saksikan gambar-gambar menarik Benelli TNT25 berwarna ‘Hitam’ dalam galeri di bawah, sumber gambar-gambar tersebut dari laman Facebook Benelli Malaysia.