Akan datang model terbaru dari SYM – Super Extreme?

0
394

SYM New Model 2016 Super Extreme

Laman sesawang rasmi SYM Malaysia telah memaparkan ‘teaser’ imej sebuah model moped terbaharu, dengan perkataan ‘Super Extreme’ dan ‘Coming Soon’. Ini bermakna model tersebut bakal dilancarkan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi, namun setakat ini spesifikasi teknikal dan ciri-ciri yang melengkapinya masih kekal misteri.

Apa yang pasti, reka bentuk model terbaharu itu mirip model semasa SYM Sport Bonus 115 SR. Berdasarkan maklumat terdahulu, model terbaharu SYM yang bakal dilancarkan itu akan dilengkapi enjin bersesaran 125cc, dan dikhabarkan juga SYM sedang dalam perancangan untuk mengeluarkan sebuah ‘Super Moped’ dengan enjin 175cc pada tahun depan.