Model skuter terbaharu Yamaha bakal dilancarkan untuk pasaran tempatan, adakah ianya Yamaha Soul GT 125?

0
258

Yamaha New Model 2016

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) bakal melancarkan sebuah model skuter terbaharu untuk pasaran Malaysia, berdasarkan ‘teaser’ yang disiarkan di dalam laman Facebook Yamaha Events Malaysia. Model tersebut setakat ini masih menjadi misteri, namun telah dapat dijangkakan bahawa ianya adalah model Yamaha Soul GT 125.

Yamaha Soul GT 125 sebelum ini telah dilancarkan di pasaran Indonesia, hadir dengan enjin berkapasiti 125cc (Air cooled, 4-stroke, SOHC, Single Cylinder) yang menghasilkan kuasa maksimum 7.0kW @ 8,000rpm dan tork maksimum 9.6Nm @ 5,500rpm. Yamaha Soul GT 125 boleh dikatakan tampil dengan gaya dan rekaan yang menarik dan sporty.

Jika anda mempunyai kelapangan pada hujung minggu ini, anda boleh mengunjungi acara Yamaha Automatic World Motor Show 2016 yang akan berlangsung di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur dari 22 – 24 Julai 2016. Dikhabarkan, skuter automatik Yamaha Soul GT 125 terbaharu itu akan dilancarkan secara rasmi oleh HLYM di sana.

Walau bagaimanapun, model automatik terbaharu yang akan dilancarkan oleh HLYM hanya akan diketahui dengan tepat sedikit masa lagi, apabila ianya dilancarkan dengan rasminya. Boleh jadi tekaan penulis adalah benar bahawa model tersebut adalah Yamaha Soul GT 125, atau boleh jadi juga ianya adalah model yang lain. Sama-sama kita tunggu.