Yamaha Y15ZR dalam warna ‘Purple Grey’ (2016) kini di pasaran

0
894

2016 Yamaha Y15ZR Purple Grey (001)

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) kini memperkenalkan warna terbaharu ‘Purple Grey’ untuk model popular edarannya Yamaha Y15ZR. Dengan pengenalan warna terbaharu itu, Yamaha Y15ZR untuk pasaran Malaysia kini boleh didapati dalam empat pilihan warna yang menarik termasuk tiga warna terdahulu iaitu ‘Red’, ‘Black’ dan ‘Blue’.

Yamaha Y15ZR 2016 berwarna ‘Purple Grey’, atau di dalam Bahasa Melayunya ialah ‘Ungu Kelabu’, masih mengekalkan corak grafik sama seperti model dalam pilihan warna-warna yang lain. Mungkin selepas ini HLYM akan memperkenalkan skim warna terbaharu yang lebih menyeluruh yang akan didatangkan dengan rekaan corak grafik lebih sporty.

Sumber gambar: Krai Motor FB