Ford Fiesta ST200 – versi produksi Fiesta paling berkuasa pernah diperkenalkan setakat ini

0
100

The new 2017 Ford Fiesta ST200 (001)

Sempena menyambut ulangtahun kali ke-40 model kompak Fiesta pada tahun ini (1976-2016), Ford telah memperkenalkan Fiesta ST200 terbaharu yang didakwa sebagai model produksi Fiesta paling berkuasa pernah diperkenalkan setakat ini.

Model ‘hot hatch’ tersebut dikatakan menghamburkan lebih 10 peratus kuasa kuda dan lebih 20 peratus tork berbanding versi terdahulu Fiesta ST, yang kini mencapai paras 200PS dan 290Nm daripada enjin petrol 1.6 liter EcoBoost. Ford Fiesta ST200 memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 6.7 saat, dengan kelajuan maksimumnya mencecah 230 km/j.

Untuk mengoptimumkan lagi pengalaman pemanduan, Fiesta ST200 juga menampilkan sistem gantungan dan stereng yang telah dipertingkatkan untuk pengendalian yang lebih dinamik. Untuk pasaran UK, Fiesta ST200 boleh ditempah pada harga £22,745.