Adakah ‘The All-New Honda CBR250RR 2016’ bakal dilancarkan pada tarikh 25 Julai 2016 di pasaran Indonesia?

0
90

2015 Honda Light Weight Super Sports Concept

Menurut sumber dari rakan-rakan blogger di seberang, terdapat beberapa petunjuk kuat bahawa model terbaharu yang dinanti-nantikan iaitu ‘The All-New Honda CBR250RR 2016’ bakal dilancarkan pada tarikh 25 Julai 2016. Ini adalah berdasarkan jemputan daripada PT Astra Honda Motor kepada pihak media dan kepada para blogger di Indonesia ke majlis pelancaran sebuah model terbaharu yang ketika ini masih lagi menjadi misteri.

PT Astra Honda Motor sebelum ini telah mengeluarkan sebuah video ‘teaser’ mengenai sebuah model supersport sporty yang sudah semestinya ianya adalah Honda CBR250RR 2016 serba baharu, seolah-olah memberitahu bahawa pelancaran untuk model berkenaan sangat dekat. Jadi tidak salah kalau dikatakan pelancaran model atau produk terbaharu oleh PT Astra Honda Motor pada 25 Julai 2016 ini adalah untuk model terbabit.

Namun begitu, terdapat juga pendapat yang mengatakan pada tarikh tersebut, PT Astra Honda Motor tidak akan melancarkan Honda CBR250RR 2016, sebaliknya ianya adalah pelancaran untuk model Honda Sonic 150R versi ‘facelift’ terbaharu yang bakal tampil dengan beberapa perubahan terkini yang lebih segar. Bagaimanapun, pendapat ini agak kurang kukuh kerana kebiasaannya pelancaran model sedia ada versi ‘facelift’ tidak akan dilakukan secara besar-besaran dengan menjemput semua pihak media dan blogger.

Seandainya benar PT Astra Honda Motor akan melancarkan Honda CBR250RR 2016 serba baharu pada tarikh 25 Julai 2016 ini, pasti ianya merupakan berita yang sangat menggembirakan untuk semua peminat motosikal di rantau ASEAN termasuk di Malaysia. Honda CBR250RR 2016 serba baharu akan memberikan saingan hebat kepada dua model yang menjadi seteru utamanya; Yamaha YZF-R25 dan Kawasaki Ninja 250.

Sumber: TMCBlog & Kobayogas