Lamborghini Aventador Miura Homage beri penghormatan untuk sambutan ulangtahun kali ke-50 model ikonik Miura

0
156

Lamborghini Aventador Miura Homage (001)

Model sport ikonik Lamborghini Miura dikeluarkan dari tahun 1966 sehingga 1973, kini secara rasminya telah menyambut ulangtahunnya buat kali yang ke-50 (1966-2016). Bagi memberikan penghormatan kepadanya, sebuah model edisi istimewa Lamborghini Aventador Miura Homage telah diperkenalkan, dikeluarkan dalam jumlah terhad hanya 50 unit.

Lamborghini Aventador Miura Homage diasaskan daripada model semasa Aventador coupe, dikuasakan enjin V12 bersesaran 6.5 liter yang menghamburkan prestasi maksimum 700hp @ 8,250rpm dan tork puncak 690Nm @ 5,500rpm. Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh masa hanya 2.9 saat, ia mencapai kelajuan maksimum 350 km/j.

Menurut Lamborghini, kebanyakan unit Aventador Miura Homage telah habis ditempah oleh pelanggan, dan ianya boleh didapati di beberapa pasaran terpilih di seluruh dunia.