Audi A5 Coupe & Audi S5 Coupe 2017 diperkenalkan

0
86

The All-New Audi A5 Coupe 2017 (001)

Pada awal Jun 2016 yang lepas, Audi telah memperkenalkan A5 Coupe dan S5 Coupe 2017 serba baharu untuk pasaran Eropah. Kedua-dua model berkenaan hadir dengan reka bentuk badan dua pintu dan empat tempat duduk di dalamnya. Berbanding A5 Coupe, S5 Coupe mempunyai perwatakan lebih sporty dan prestasi enjin yang lebih tinggi. 

Untuk pasaran UK, Audi A5 Coupe 2017 akan dilancarkan dengan pilihan lima enjin: dua enjin TFSI dan tiga unit enjin TDI. Keluaran kuasa yang terhasil melalui enjin-enjin tersebut telah menunjukkan peningkatan, kini di antara 190PS dan 286PS. Berbanding model sebelumnya, ianya menawarkan prestasi lebih tinggi sehingga 17 peratus, manakala penggunaan bahan bakar telah dikurangkan sehingga 22 peratus.

Bagi model Audi S5 Coupe 2017, penampilannya yang elegan dan dramatik digandingkan bersama-sama enjin V6 dengan sistem pengecas turbo yang baru dibangunkan, menghasilkan kuasa 354PS (21PS lebih berbanding enjin pada model sebelumnya) dengan kemampuan memecut dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh masa 4.7 saat.