Perodua Bezza terima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP

0
154

Perodua Bezza ASEAN NCAP 5-STAR

ASEAN NCAP (The New Car Assessment Program for Southeast Asian Countries) hari ini telah mengeluarkan keputusan ujian perlanggaran untuk model sedan Perodua Bezza, dengan keputusan yang diperolehi sangat baik apabila mencapai 15.38 mata untuk penilaian dalam kategori Perlindungan Penumpang Dewasa (Adult Occupant Protection – AOP).

Ini telah membolehkan Perodua Bezza dianugerahkan penarafan 5-Bintang dalam kategori AOP. Bagaimanapun disebabkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh ASEAN NCAP untuk penarafan 5-Bintang, hanya varian Bezza yang dilengkapi ‘dual frontal Seatbelt Reminder System (SBR)’ dan ‘Electronic Stability Control (ESC)’ sahaja diberi penarafan 5-Bintang, manakala varian lain tanpa ciri-ciri tersebut secara automatik hanya mendapat 4-Bintang untuk kategori AOP.

Perodua Bezza juga mencatatkan pencapaian cemerlang dalam kategori Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (Child Occupant Protection – COP), apabila mencapai 85 peratus mata pematuhan, peratusan yang membolehkan model tersebut menerima penarafan 4-Bintang. Berikut ialah laporan rasmi daripada ASEAN NCAP untuk Perodua Bezza:

  • Perodua Bezza made an exceptional achievement by scoring 15.38 points for AOP. However, due to ASEAN NCAP 5-Star prerequisite, this sedan is eligible for dual rating; 5-Star AOP rating for variant that is equipped ESC and both frontal SBR, but those without these safety features received 4-Star AOP.
  • ISOFIX and top tether come as standard across all Perodua Bezza’s variants. Hence, in the COP category, Bezza achieved 4-Star rating by meeting 85% compliance.
  • Bezza comes as standard with dual frontal airbags and SBR for driver only.

Untuk makluman bagi mengelakkan kekeliruan, hanya varian Perodua Bezza 1.3L Advance (varian teratas) sahaja yang menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP, manakala dua varian lain iaitu 1.0L Standard G dan 1.3L Premium X hanya mendapat 4-Bintang.