Gambaran imej sebenar Honda Freed 2017 serba baharu

0
98

Honda Freed 2016

Bukan lagi imej ‘teaser’ seperti sebelumnya, tetapi gambaran sebenar reka bentuk dan wajah luaran Honda Freed 2017 serba baharu yang akan dilancarkan di pasaran Jepun tidak lama lagi. Namun begitu tidak banyak maklumat yang dikongsikan oleh Honda Jepun mengenai model tersebut ketika ini, kecuali maklumat mengenai dua jenis enjinnya.

Menurut laman sesawang Honda Jepun, Freed 2017 serba baharu akan dikuasakan enjin Sport Hybrid i-DCD dan enjin 1.5L DOHC i-VTEC. Menyentuh mengenai rekaan luarannya, terdapat inspirasi daripada model Honda BR-V dan juga Honda Jazz di situ. Memang sangat berbeza Honda Freed 2017 ini jika dibandingkan dengan model generasi pertamanya.