Edisi tunggal Aston Martin Vantage GT12 Roadster diperkenalkan

0
59

Aston Martin Vantage GT12 Roadster (001)

Bertempat di Goodwood, England pada tarikh 24 Jun 2016 yang lalu, Aston Martin telah memperkenalkan sebuah model roadster keluarannya yang paling ekstrem dalam bentuk unik; Aston Martin Vantage GT12 Roadster yang dihasilkan secara ‘one-off’ untuk pelanggan persendirian, dan dipersiapkan sepenuhnya melalui hasil kerja divisyen Q by Aston Martin.

Aston Martin Vantage GT12 Roadster dibangunkan daripada model asal Vantage GT12 Coupe, menawarkan sensasi pemanduan dan keseronokan yang tidak terhingga dalam versi bumbung terbuka, bersama-sama prestasi pecutan yang tidak terbendung daripada enjin V12 dengan kuasa kuda sehingga 600PS. Saksikan kehebatannya dalam galeri berikut.