Imej pertama LaFerrari versi bumbung terbuka didedahkan

0
131

The new open-top LaFerrari (001)

Ini merupakan imej-imej pertama LaFerrari versi bumbung terbuka (open-top version of the LaFerrari) yang bakal membuat kemunculan rasmi di Paris Motor Show 2016 dalam bulan September akan datang. Ianya merupakan model yang dikeluarkan dalam edisi terhad, dengan kesemua unit telah habis dijual kepada pelanggan dan tempahan telah ditutup.

Menurut Ferrari, model istimewa itu akan dilengkapi bumbung ‘hard-top’ yang boleh ditanggal kan dan diperbuat daripada ‘carbon-fibre’, dan turut boleh didapati dengan bumbung ‘soft-top’ yang juga boleh ditanggalkan. Sistem penjana kuasa dan prestasi adalah sama seperti model asal LaFerrari, dengan maklumat selanjutnya akan diumumkan secara rasmi di Paris.