Aston Martin dan Red Bull Racing memperkenalkan AM-RB 001

0
62

AM-RB 001 hypercar (001)

Pada 5 Julai 2016 yang lepas bertempat di Gaydon, England, Aston Martin dan Red Bull Racing dengan rasminya memperkenalkan model hypercar terbaru yang luar biasa, dikenali dengan kod nama AM-RB 001. Model berkenaan terhasil daripada kerjasama unik di antara kedua-dua jenama berkenaan melalui gabungan kepakaran masing-masing, disertai semangat yang membara dan visi tanpa kompromi dalam merealisasikannya.

AM-RB 001 dibangunkan sebagai sebuah model hypercar untuk kegunaan di jalan raya dengan fungsi dan ciri-ciri yang menyeronokkan, namun dengan keupayaan dan prestasi yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana kereta lain sebelumnya di litar perlumbaan. Untuk mereka yang mahukan pengalaman pemanduan yang lebih fokus dan intensif, versi litar sepenuhnya (track-only) juga sedang dibangunkan.

AM-RB 001 direka menggunakan struktur serat karbon (carbon fibre structure) yang ringan, dengan penjana kuasa yang terpilih ialah enjin V12 beraspirasi normal yang menghasilkan prestasi cukup berkuasa dan dramatik. Jumlah pengeluarannya sekitar 99 dan 150 unit, termasuk kesemua model prototaip dan 25 unit versi litar. Dikeluarkan dari fasiliti Aston Martin di Gaydon, penghantaran pertama akan bermula pada tahun 2018.