Yamaha Motor Vietnam perkenal Exciter 150 versi ‘Matte Black’

0
484

2016 Yamaha Exciter 150 Matte Black (001)

Yamaha Motor Vietnam baru-baru ini telah memperkenalkan versi terbaru Exciter 150, dalam pilihan warna hitam ‘Matte Black’ yang kelihatan lebih maskulin dan gagah. Sedikit sentuhan berwarna merah disertai logo ‘Limited Edition’ berbentuk berlian yang mengandungi huruf ‘LTD’ di dalamnya, secara tidak langsung menyerlahkan lagi gaya sporty model berkenaan.

Dengan pengenalan Exciter 150 Matte Black, kini terdapat lima versi Exciter 150 kesemuanya yang ditawarkan untuk pasaran Vietnam, yang mana empat daripadanya ialah RC, GP, Camo dan Movistar. Yamaha Exciter 150 Matte Black 2016 mula dijual di pasaran Vietnam pada 01 Julai 2016, pada harga sebanyak 45,490,000 VND (RM8,149.11).