SUV Skoda Kodiaq bakal muncul di Paris Motor Show 2016

0
191

Skoda Vision S Concept (001)

Skoda baru-baru ini secara rasminya mengumumkan bahawa syarikat tersebut bakal mempamerkan model SUV bersaiz besar pertamanya, Skoda Kodiaq, di Paris Motor Show 2016 yang akan berlangsung pada bulan September akan datang. Tampil dengan rekaan yang berkuasa, SUV berkenaan akan menawarkan sehingga tujuh tempat duduk. 

Skoda Kodiaq sebelum ini telah muncul dalam versi konsep melalui model Skoda Vision S Concept, dan telah dipamerkan kepada umum di Geneva Motor Show 2016 dalam bulan Mac yang lepas. Menurut Skoda, SUV tersebut akan akan menawarkan ruang dalaman yang luas dengan ciri-cirinya yang serba boleh, di samping ruang but terbesar di dalam kelasnya.