Honda CB1300 Super Four & CB1300 Super Bol d’Or (2016)

0
239

Honda CB1300 SUPER FOUR

Untuk pasaran domestik Jepun, model bergaya retro Honda CB400 Super Four dan Honda CB400 Super Bol d’Or turut ditawarkan bersama-sama model dengan rekaan yang hampir sama, namun dengan kapasiti enjin yang lebih besar – Honda CB1300 Super Four & CB1300 Super Bol d’Or. Kedua-dua model berkenaan diperkenalkan pada Mac 2016 yang lalu. 

Honda CB1300 SUPER BOL D’OR

Honda CB1300 Super Four & CB1300 Super Bol d’Or 2016 tampil dengan beberapa perubahan berbanding model sebelumnya, serta masih mengekalkan enjin bersesaran 1,284cc (water-cooled 4-stroke DOHC 4 valve inline 4-cylinder) yang menghasilkan prestasi berkuasa maksimum 101PS @ 7,000rpm dengan tork puncak 115Nm @ 5,500rpm.