Yamaha MT-09 TRACER dilancarkan untuk pasaran Malaysia

0
630

The New Yamaha MT-09 TRACER

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) pada 1 Julai 2016 telah mengumumkan pelancaran model motosikal besar terbaharunya, Yamaha MT-09 TRACER. Model berkenaan dikuasakan enjin 4-lejang dengan 3-silinder bersesaran 847cc yang dilengkapi sistem penyejuk cecair dan sistem suntikan bahan api.

Pengenalan MT-09 TRACER oleh HLYM secara rasminya menandakan ianya sebagai model kelima di dalam barisan ‘big bike’ yang diedarkan oleh syarikat tersebut, melengkapi model-model sedia ada seperti XJ6, MT-07, MT-09 dan XV950. Yamaha MT-09 TRACER merupakan sebuah model kembara ringan yang memiliki kuasa tork tinggi, dengan ciri-ciri standard seperti TCS (Traction Control System) dan ABS (Anti-lock Brake System).

Untuk pasaran tempatan, Yamaha MT-09 TRACER (versi CBU) hanya tersedia dalam warna ‘RACE BLU’ dan dijual pada harga RM59,900 (termasuk GST, namun tidak termasuk kos insuran, cukai jalan dan nombor plat). Model berkenaan boleh didapati melalui wakil-wakil jualan sah Yamaha yang terpilih di seluruh negara bermula pertengahan bulan Julai ini.