Ford GT 66 Heritage Edition 2017 serba baharu beri penghormatan kepada jentera pemenang Le Mans 1966

0
69

2017 Ford GT 66 Heritage Edition (001)

Bagi memperingati dan memberikan penghormatan kepada jentera Ford GT40 Mark II yang dipandu oleh Bruce McLaren dan Chris Amon, seterusnya memenangi perlumbaan bersejarah Le Mans pada tahun 1966, Ford telah memperkenalkan model edisi terhad yang cukup istimewa – Ford GT 66 Heritage Edition 2017 serba baharu.

Jentera bernombor 2 yang dipandu oleh Bruce McLaren dan Chris Amon adalah sebahagian daripada kemenangan bersejarah jentera Ford GT pada tahun tersebut yang menyapu bersih kemenangan di tempat 1, 2 dan 3. Ford GT 66 Heritage Edition 2017 akan menampilkan tema warna unik di bahagian dalaman dan luaran, disertai kemasan roda eksklusif.

Warna yang menjadi pilihan di bahagian luarannya ialah ‘Shadow Black’ dengan kemasan ‘gloss’ atau ‘matte’ bersama-sama jalur perak dan pakej serat karbon yang terdedah. Juga terdapat grafik bernombor 2 di bahagian pintu dan hud depan, di samping rim aluminium berukuran 20 inci (one-piece forged aluminum wheels in a gold satin clearcoat).