Aston Martin memperkenalkan Vanquish Zagato edisi terhad

0
57

Aston Martin Vanquish Zagato (001)

Aston Martin baru-baru ini telah mengumumkan pengeluaran satu siri edisi terhad Vanquish Zagato Coupe, ciptaan terkini yang terhasil daripada perkongsian yang telah lama terjalin dengan Zagato, sebuah syarikat pereka berprestij dari Itali. Terhad 99 unit dengan kuasa maksimum 600PS daripada penjana kuasa 6.0 liter V12, model berkenaan akan dikeluarkan dari fasiliti pengeluaran Aston Martin di Gaydon, England.

Aston Martin Vanquish Zagato merupakan model kelima hasil daripada kerjasama sejak lebih lima dekad yang lalu, memperlihatkan gabungan di antara kualiti material dan dinamik Aston Martin yang diiktiraf bersama-sama gaya rekaan Zagato yang tersendiri. Model pertama Aston Martin dengan Zagato ialah jentera perlumbaan DB4 GT Zagato pada tahun 1960, kini dikatakan mempunyai nilai melebihi £10 juta (RM53,860,160.34).