Mitsubishi akan mempamerkan model konsep Ground Tourer di Paris Motor Show 2016

0
37

The Mitsubishi Ground Tourer Concept

Selepas memperkenalkan model konsep XR PHEV II di Geneva Motor Show 2015 dan model konsep eX di Tokyo Motor Show 2015, Mitsubishi Motors Corporation (MMC) terus membangunkan falsafah rekaan ‘Dynamic Shield’ mereka dengan memperkenalkan sebuah lagi model konsep terkini yang akan dipamerkan di Paris Motor Show 2016.

Diberi nama Mitsubishi Grand Tourer Concept, model konsep tersebut membawakan ekspresi terkini Mitsubishi dalam meneruskan perjalanan falsafah rekaannya, melalui empat elemen berkuasa seperti mana yang diumumkan di dalam pernyataan berikut: “Functional beauty, augmented possibilities, Japanese craftsmanship and solid thrust”.

Menurut Mitsubishi lagi, model konsep SUV Grand Tourer ini direka dengan menggabungkan ciri-ciri lasak daripada model ‘off-road’ yang menjadi warisan terkenal syarikat, bersama-sama teknologi PHEV (plug-in hybrid electric vehicle) yang canggih. Ianya dikatakan bakal menawarkan perjalanan tanpa batasan dalam semua keadaan pemanduan.