Adakah Proton akan mengeluarkan Saga versi wagon?

0
142

Spyshot Proton Saga Wagon (001)

Laman Facebook Popular Siakap Keli telah mendedahkan dua keping gambar yang menunjukkan sebuah model Proton Saga dalam keadaan yang boleh dikatakan agak pelik -wagon??? Tidak dapat dipastikan sama ianya adalah model Saga yang telah diubahsuai oleh Proton untuk dijadikan model wagon, atau hanya sekadar gambar versi photoshop.

Spyshot Proton Saga Wagon (002)

Namun apa yang boleh dikatakan ianya tetap sesuatu yang menarik kalau model Saga Wagon ini menjadi realiti tidak lama lagi. Mungkin model ini akan dikeluarkan dalam jumlah terhad dengan sasarannya adalah untuk kegunaan perniagaan. Apa pun kita tunggu maklumat selanjutnya daripada pihak Proton berkenaan Saga Wagon ini.

Sumber asal: Zainul Azraai FB