Mercedes-AMG GT R dibangunkan di dalam “Neraka Hijau”

0
70

The new Mercedes-AMG GT R (012)

Salah sebuah model supercar yang mendapat perhatian ramai baru-baru ini ialah Mercedes-AMG GT R yang baru saja diperkenalkan pada tarikh 24 Jun 2016. Menurut Mercedes-AMG, tiada lagi model lain sebelum ini yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi perlumbaan berbanding apa yang telah dilakukan terhadap AMG GT R.

Mercedes-AMG GT R dilengkapi enjin bersesaran 3,982cc (4.0-litre V-8 with twin turbochargers and direct injection) yang menghasilkan kuasa maksimum 585hp @ 6,250rpm dengan tork setinggi 700Nm @ 1,900 – 5,500rpm, seterusnya dipadankan sistem transmisi ‘dual-clutch’ AMG SPEEDSHIFT DCT 7‑kelajuan. Ini membolehkannya memecut dari 0 – 100 km/j dalam tempoh masa hanya 3.6 saat, dengan kelajuan puncak mencapai 318 km/j.

Betapa hebatnya model ini menurut Mercedes-AMG, ianya dibangunkan di dalam tempat yang diberi gelaran ekstrem “Neraka Hijau”. Berikut ialah penjelasan sebenar untuk pemahaman yang lebih jelas: “Even from afar, the exclusive “AMG green hell magno” special paintwork leaves no doubt as to the sports car’s origin, having spent most of its development time in the “Green Hell” of the Nurburgring racetrack”. 

Mungkin ini adalah sebuah model paling ‘hard-core’ dalam siri Mercedes-AMG GT, sehinggakan secara konsepnya Mercedes-AMG GT R terbaharu ini digambarkan sebagai haiwan atau makhluk buas yang ganas yang baru saja terlepas dari kurungannya. Pelancarannya di pasaran Eropah telah ditetapkan bermula dalam bulan Mac 2017.