Lexus IS terbaharu lakukan debut di Beijing Auto Show 2016

0
49

2017 Lexus IS (001)

Dalam bulan April 2016 yang lalu, Lexus IS model tahun 2017 versi ‘facelift’ terbaharu telah diperkenalkan kepada umum di Beijing Auto Show 2016. Antara yang mendapat perhatian ialah perubahan wajah depan model berkenaan yang telah menerima rekaan terkini lebih segar dan berani, di samping beberapa perubahan penting yang lain.

Menurut Lexus, barisan model IS 2017 terbaharu masih mengekalkan tiga pilihan enjin yang ditawarkan. Lexus IS 200t dengan sistem pacuan roda belakang akan dikuasakan enjin turbocas 2.0 liter (twin-scroll turbocharged inline-4 with intercooler), yang mana ianya dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan yang lancar. Enjin tersebut yang sebelum ini diperkenalkan buat pertama kali untuk model crossover NX, menghasilkan kuasa pada paras 180kW @ 5,800rpm dengan tork maksimum 350Nm dari 1,650 ke 4,400rpm.

Aspek keselamatan memperlihatkan ianya dinaik taraf dengan sistem keselamatan canggih Lexus Safety System +. Sistem keselamatan tersebut menggabungkan ‘Pre-Collision System’, ‘Lane Departure Alert (LDA) with Steering Assist’, ‘Automatic High Beam (AHB)’ dan ‘Radar Cruise Control’. Tampil dengan rekaan serba baharu sepenuhnya pada tahun 2013, pengenalan versi ‘facelift’ terbaharu Lexus IS 2017 ini kelihatan lebih signifikan.