Honda Jepun memaparkan ‘teaser’ Honda Freed 2017

0
159

Teaser Honda Freed 2017

Masih ingat lagi dengan sebuah model MPV bersaiz kompak bernama Honda Freed yang dijual di pasaran negara kita suatu masa dahulu? Model tersebut telah dihentikan jualannya kerana tidak mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Honda Malaysia, berkemungkinan besar kerana harga yang ditawarkan untuknya adalah terlalu tinggi.

Honda Freed bukanlah sebuah produk keluaran Honda yang gagal, namun pihak Honda sudah tentu telah mengambil iktibar yang sewajarnya. Bagi meneruskan legasi Honda Freed yang mula dilancarkan pada tahun 2008, generasi serba baharu model terbabit kini sudah bersiap sedia dilancarkan semula di pasaran Jepun dalam tempoh yang terdekat.

Oleh itu menjelang pelancarannya, laman sesawang Honda Jepun telah menyiarkan ‘teaser’ untuk Honda Freed 2017 serba baharu, dengan memaparkan model berkenaan dalam warna biru yang digelapkan. Sekali pandang, ianya seolah-olah dibangunkan daripada model kompak Honda Jazz, dengan rekaan terbaharu yang kelihatan cukup menarik.