Model konsep Modenas Ace 115 Motard (2012)

0
710

Modenas Ace 115 Motard Concept (1)

Pada tahun 2012 yang lalu, Modenas pernah memperkenalkan model konsep Modenas Ace 115 Motard, sebagai sebahagian daripada promosi untuk model terbaharu Modenas Ace 115 yang sebelum itu dilancarkan untuk pasaran tempatan pada tarikh 1 Mac 2012. 

Gambar-gambar model konsep Modenas Ace 115 Motard yang disiarkan di sini dirakamkan sendiri oleh penulis di perkarangan Stadium Utama Kangar, Perlis, dalam bulan November 2012, ketika pihak Modenas mengadakan siri jelajah pada tahun tersebut. Boleh dikatakan agak menarik juga penampilan Modenas Ace 115 Motard ini, yang mana ianya secara tidak langsung memperlihatkan potensi yang ada pada model berkenaan.

Modenas Ace 115 merupakan sebuah model unik yang tampil dengan reka bentuk berlandaskan skuter dengan gabungan ciri-ciri daripada motosikal moped. Ianya dikuasakan enjin bersesaran 120cc dan memiliki harga asas sebanyak RM5,000.00.