Modenas Jaguh – motosikal cruiser pertama buatan tempatan

0
3557

Brosur Modenas Jaguh (001)

Modenas Jaguh merupakan sebuah motosikal dalam segmen cruiser, diperkenalkan untuk pasaran tempatan pada tahun 1999. Dahulunya penulis merupakan salah seorang yang terlibat dalam pengeluaran komponen dalaman enjin model berkenaan, sewaktu bekerja di sebuah kilang yang dilantik sebagai vendor Modenas di Sungai Petani, Kedah.

Menurut sumber dari Wikipedia, Modenas Jaguh dibangunkan dengan asasnya adalah daripada model Kawasaki Eliminator 125 dan dilengkapi enjin bersesaran 175cc dengan transmisi 5-kelajuan. Model tersebut dilancarkan secara rasmi pada tarikh 19 Julai 1999 di kilang Modenas yang terletak di Gurun, Kedah, pada harga RM7,500.00 (OTR).

Brosur Modenas Jaguh (002)

Merujuk kepada laman sesawang rasmi Modenas ketika ini, paparan model Jaguh masih boleh dilihat di dalam laman sesawang tersebut, dengan harga jualan yang tertera ialah sebanyak RM6,025.75 (tidak termasuk cukai jalan, insuran dan GST). Pilihan warna yang tersedia pula ialah Perak (Metallic Silver) dan Biru (Ocean Blue).

Spesifikasi Modenas Jaguh

Engine
Type SOHC 4-stroke single cylinder
Bore X Stroke 65 x 52.4 mm
Displacement 174 cm.cubic
Compression Ratio 9.0 : 1
Carburetor MIKUNI BS 28
Ignition System Magneto to CDI
Starting System Electric
Cooling System Air
Lubrication Forced lub. Wet
Fuel Tank Capacity 14 Litres
Fuel Consumption n/a
Transmission
Type 5-speed return
Clutch Wet multi disk
Primary Reduction Ratio 3.666 (77/21)
Final Reduction Ratio 2.933 (44/15)
Driving System Chain
Chassis
Type Steel pipe double cradle
Front Suspension Telescopic
Rear Suspension Trailing swing arm / Double Shock Absorber
Front Brake Disc, double piston
Rear Brake Drum
Electrical System
Battery 12V 9Ah